IᑎᗪIᗩ

  Seperti yang kita ketahui, masyarakat india di malaysia merupakan etnik yang ketiga terbesar selepas melayu dan cina. Kewujudan masyarakat malaysia di negara ini telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Kaum india di negara ini juga kaya dengan adat dan budaya yang unik dalam kehidupan mereka mereka. Malah kebudayaan masyarakat india di negara ini telah menjadikan negara kita penuh dengan warna-warni kebudayaan. Kebudayaan masyarakat india sebenarnya berasal daripada agama hindu. Walaupun kebanyakan masyarakat india hari ini bukan beragama hindu, namun mereka masih mengamalkan kebudayaan berteraskan agama hindu

1. Perkahwinan 

I1

Dalam budaya India, perkahwinan dikenali sebagai ‘thirumanam‘ yang bermaksud sebuah penyatuan suci pasangan suami isteri yang kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan masyarakat India iaitu vaitikat thirumanantamil thirumanam dan diya thirumanam. Perkahwinan ini adalah berlandaskan suku kaum yang terdapat dalam bangsa India.


Selain itu, adat perkahwinan mereka memang penuh dengan keunikan seperti memberi sirih, mencium tapak kaki kedua ibu bapa dan upacara bertukar-tukar kalungan bunga oleh pasangan pengantin sebelum disahkan menjadi suami isteri.



2. Rangoli 

Ran

Kaum India memang terkenal dengan budaya warna-warni termasuklah Rangoli ini. Ia merupakan satu seni menghiasi lantai dengan menggunakan beras, tepung, kerisik kelapa atau sagu yang diwarnakan dengan pewarna makanan.

Biasanya, seni ini mengambil corak flora atau burung merak dan dicantikkan mengikut kreativiti masing-masing. Selain bertujuan menyambut tetamu, orang India juga percaya ia dapat tarik keberuntungan dan mencerahkan suasana sekitar.

3. Festival Holi 

Ho


Dalam banyak-banyak perayaan India, Festival Holi merupakan antara sambutan paling famous yang diraikan. Sebabnya, festival ini penuh dengan kegembiraan, gelak tawa dan juga warna-warni!

Sepanjang perayaan, masyarakat India akan melemparkan serbuk yang penuh warna antara satu sama lain sambil menari, menyanyi dan menikmati juadah di sambutan ini. Keunikan ini memang dikenali satu dunia kerana hampir setiap tahun orang ramai akan sama-sama menyertai festival ini.


4. Tradisi berpuasa

I2

Selain umat Islam, masyarakat India juga mempunyai tradisi berpuasa atau dikenali sebagai Karva Chauth. Ianya hanya dilakukan oleh kaum wanita beragama Hindu yang berasal dari Utara dan Barat India pada bulan Kartika mengikut Kalendar Hindu.

Menurut kepercayaan mereka, wanita yang berpuasa dari terbit matahari hingga terbitnya bulan pada waktu malam adalah sebagai suatu permohonan umur panjang dan juga menjaga keselamatan suami mereka daripada ancaman bahaya.

5. Pakaian Sari 

Sari 1

Setiap bangsa mesti ada pakaian tradisional dorang yang cantik-cantik! Bagi kaum India, pakaian khas mereka adalah baju Sari yang disarungkan oleh para wanita. Baju ini diperbuat daripada kain sutera halus dan dihiaskan dengan corak batik, seni tekat dan cetakan yang indah.

Pakaian khas ini merupakan satu cara untuk wanita India mengekspresi budaya dan identiti mereka di samping meraikan keanggunan sejati. Selain dikenakan dalam upacara pernikahan, ia juga dipakai dalam pelbagai festival dan acara yang khusus dalam masyarakat India.


SUMBER RUJUKAN








http://sathiakalaivani.blogspot.com/2016/09/budaya-masyarakat-india-di-malaysia.html?m=1

http://salju-teratakkasih.blogspot.com/2012/06/kebudayaan-masyarakat-india-di-malaysia.html?m=1


Comments

Popular posts from this blog

ᑭEᑎGEᑎᗩᒪᗩᑎ