ᑕIᑎᗩ


 Di Malaysia, warganegara Cina berasal dari keturunan Bangsa HanBangsa Han kelompok etnik yang berasal dari ChinaNama Han berasal daripada nama Dinasti Han yang mewarisi Dinasti QinDinasti Han memperluas kuasa dan pengaruhnya ke Asia Tengah dan Asia Timur Laut.

Keturunan pendatang berbangsa Han yang datang ke Tanah Melayu semasa pemerintahan. Dinasti Ming sekitar abad ke-15.

Sejarah

Bangsa Han gelombang pertama yang tiba  semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hubungan diplomatik antara kerajaan China dan Melaka memuncak semasa dibawah pemerintahan Sultan Mansur Shah dimana baginda berkahwin dengan Puteri Hang Li Poh dan telah  membentuk kumpulan masyarakat Peranakan. 
Keturunan masyarakat ini kebanyakannya dari wilayah Fujian, dimana ia digelar Baba (lelaki) dan Nyonya (perempuan).

Mereka membentuk penempatan di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British. 

Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada abad ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai.

Demografi


Malaysia mempunyai hampir 24% dari 33.7juta warga Cina. 

Suku Dialek

Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam suku dialek utama: Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew, Hainan dan Fuzhou.

Suku Hokkien membentuk suku dialek yang terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Klang, kawasan pantai di Selangor, Johor barat dan Kuching.

Suku Hakka pula membentuk suku dialek yang terbesar di Sabah dan Sarawak, sebahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur, Pahang, Pulau
Pinang, Johor Bahru dan Perak.

Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong.


Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.

Bahasa


Masyarakat Cina Malaysia menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa komunikasi antara mereka.

Mereka juga akan menggunakan bahasa dialek dalam komunikasi antara suku dialek yang sama. Bahasa dialek utama Masyarakat Cina adalah Bahasa Hokkien, Bahasa Kantonis, Bahasa Hakka dan Bahasa Teochew.

Bahasa Mandarin Baku juga akan digunakan oleh masyarakat Cina Malaysia dalam komunikasi dengan orang China dan orang Taiwan, dan Bahasa Kantonis juga banyak digunakan dalam komunikasi dengan orang Hong Kong dan Macau, orang Cina Kanada dan orang Cina Amerika Syarikat.

Manakala Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan digunakan sebagai bahasa komunikasi antara masyarakat Cina dengan kaum Melayu, kaum India dan orang asing.

Agama


Kebanyakan orang Cina di Malaysia dikategorikan sebagai penganut agama Buddha atau Taoism. Orang Cina mengamalkan sejenis agama integrasi nilai-nilai agama rakyat Cina, Buddha, Taoism, Konfusianisme, dan penyembahan nenek moyang.Walau bagaimanapun terdapat minoriti masyarakat Cina menganuti agama Kristian , Hindu ,Islam ,dan sebagainya.

Makanan



Cina tempatan

Beberapa hidangan tradisional Cina telah dikembangkan, sebagai contoh, terdapat ciptaan tempatan seperti Loh Mee (滷面), mi tebal dalam kuah cerah (di Lembah Klang) dan kuah gelap (di Pulau Pinang). Bak Kut Teh (肉骨茶) asalnya dari Klang dan bukannya China. Makanan jalanan seperti char kway teow dan nasi ayam Hainan biasa terdapat di Malaysia dan Singapura khususnya untuk rantau tersebut. Sempena tahun Baru Cina, Cina Malaysia juga makan makanan seperti Yusheng yang dikembangkan terutamanya di Kuala Lumpur.



Gabungan masakan

Pertemuan budaya yang berbeza telah menghasilkan makanan yang menunjukkan unsur-unsur dari masyarakat yang berbeza. Pengaruh dari kepedasan masakan Melayu didapati dalam penemuan tempatan seperti mi kari, kari ayam dan cili ketam. Masakan campuran Melayu-Cina tertentu adalah masakan yang terkenal dari kalangan Baba dan Nyonya atau Peranakan. Pengaruh masakan Peranakan boleh didapati dalam hidangan seperti Laksa dan Mi Siam.

Tarian Tradisional

Tarian Singa. 
Terdapat 2 jenis tarian singa iaitu: Tarian Singa Utara dan Tarian Singa Selatan.

Tarian Naga. 
Berasal dari zaman Dinasti Han (206 SM – 220 M)

Tarian Cina. 
Terdapat 2 jenis tarian kipas iaitu: Tarian Kipas Rakyat dan Tarian Kipas Militer.


Rujukan : 
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_China
  • https://en.wikipedia.org/wiki/Demographics_of_China
  • https://ecentral.my/makanan-tradisional-cina/
  • https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/ethnic-relation/tarian-tradisional-kaum-cina/21384926

Comments

Popular posts from this blog

ᑭEᑎGEᑎᗩᒪᗩᑎ