ᑭEᑎGEᑎᗩᒪᗩᑎ
Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Malah, disebabkan itu jugalah Malaysia dikenali di seluruh dunia kerana keharmonian masyarakat yang berkongsi pelbagai budaya. Namun, baru-baru ini, keharmonian itu sepertinya mula goyah apabila ada perdebatan dalam kalangan masyarakat di sosial media dan kawasan setempat.Bukan itu sahaja malahan dalam aspek politik juga menjadi faktor perselisihan faham antara kaum apabila ketika berkempen. Sejujurnya, dengan tindakan yang wajar daripada pemimpin negara hal ini dapat diatasi dengan langkah demi langkah agar negara Malaysia kekal aman dan damai.Oleh itu, Malaysia juga menjadi tumpuan orang asing untuk berkunjung kerana keunikan budaya oleh pelbagai bangsa dan budaya. Tambahan pula, di Malaysia kita mempunyai banyak perbezaan seperti permainan tradisional, makanan dan minuman tradisional, seni bela diri dan yang paling ketara adalah pakaian tradisi di Malaysia sudah menjadi asimilasi budaya sejak z...